Posted in ai
* Program Sistem Cerdas (TC)*
* Intelligent System*
Apakah maksud cerdas? Cerdas mengikut Kamus Dewan Edisi ke 3, adalah:
1. sempurna akal (utk berfikir, mengerti, dll), cerdik, pandai, pintar:
/manusia ialah binatang yg ~ sekali/; /rakyat memerlukan pimpinan yg ~/;
2. sempurna pertumbuhan (perkembangan) badannya (spt sihat, tangkas,
dll): /sukan itu menjadikan tubuh ~/;
Jelas, maksud cerdas di dalam konteks komputeran adalah pengertian yang
pertama. Sistem cerdas adalah mengenai pengajian mengenai sistem
maklumat atau aplikasi yang cerdik, pandai atau pintar. Perbezaannya
dengan program TS dan lain-lain program FTSM ialah kerana penumpuannya
pada pengkomputeran lembut (/soft computing/). Wikipedia menakrifkan
pengkomputeran lembut sebagai/... a collection of new techniques in
computer science, especially in artificial intelligence :Fuzzy logic,
Neural networks, Probabilistic reasoning for example Bayesian network,
Genetic algorithm, Chaos theory./
Sekiranya anda menggemari filem fiksyen seperti Artificial Intelligence,
Minority Report, CSI, Terminator, The Matrix dan sebagainya, anda pasti
teruja melihat robot, alat elektronik, media dan sebagainya yang
berkonsepkan kecerdasan buatan (AI). Pokok pangkalnya, teknik
kecerdasan buatan adalah teknologi terkini dan masa depan.
Tidak seperti pengkomputeran konvensional (keras), graduan program TC
bakal menyelesaikan masalah kompleks yang tidak dapat diselesaikan oleh
pengkomputeran keras seperti memproses data yang tidak pasti, kabur,
melibatkan kebarangkalian, pengecaman pola atau corak, data yang
sebahagian sahaja adalah benar dan anggaran. Sebagai contoh pengunaan
sistem cerdas atau teknik kecerdasan buatan adalah mesin basuh yang
mengunakan technology /fuzzy logic, intelligent traffic light/ , robot
Asimo, kamera yang mempunyai fungsi /autofocus / misalnya menggunakan
rangkaian neural, pengecaman corak; sebagaimana siri television CSI
mengecam corak cap jari, penjadualan dan pengawalan lalu lintas udara
malah kebanyakan pembakar roti sekarang menggunakan teknik /fuzzy-logic
neural network /agar roti tidak menjadi hangus.
Program TC direka bentuk bagi memenuhi keperluan negara kepada
pemprosesan maklumat cerdas. Program ini dibahagikan kepada kursus
teras dan elektif seperti lengkap jabatan dan lengkap fakulti. Kursus
teras akan memperkenalkan pelajar dengan beberapa teknik kecerdasan
buatan, asas algoritma pembelajaran mesin, metod dan isu praktikal
dalam pembangunan sistem cerdas, teori dan makmal pembelajaran mesin.
Pelajar TC juga akan turut mengikuti kursus teras sebagaimana pelajar
program TS atau TK (Sains Komputer) seperti pengaturcaraan, analisis dan
reka entuk sistem, pangkalan data, matematik/ statistik dan sebagainya.
Diingatkan kepada pelajar bahawa program ini memerlukan asas matematik
yang kuat. Jika anda meminati matematik, disini anda dapat bagaimana
matematik diaplikasi menjadi sebuah program komputer yang menakjubkan.
Sesungguhnya, apa yang telah anda pelajari di sekolah dan/atau
matrikulasi sangat membantu pemahaman anda.
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan bersifat
/theoritical /dan juga pengalaman /hands-on. /Program ini mewajibkan
Latihan Industri dan kebanyakan kursus memerlukan pelajar menghadiri
siri sesi makmal dan menyiapkan projek. Projek tahun kepujian (TU/TC
3086) merupakan kursus yang bakal menguji pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman pelajar.
Sebagaimana graduan TS, graduan TC akan mendapati, kerjaya sebagai
profesional IT adalah luas dipelbagai sektor. Namun sektor yang paling
memerlukan graduan TC adalah organisasi yang memiliki unit R&D seperti
HP, SIRIM, MARDI, universiti-universiti penyelidikan dan sebagainya.
Industri hiburan terutamanya pembangun perisian permainan video/komputer
memerlukan graduan sistem cerdas kerana permainan video/komputer
menggunakan pelbagai teknik kecerdasan buatan. Yang lebih menarik
mengenai graduan TC ialah mereka juga boleh menjawat jawatan seperti
graduan program lain juga yang tidak perlu disenaraikan kerana terlalu
banyak.
Gaji permulaan adalah di antara RM1700 sehingga RM2,500 bergantung
kepada pengalaman dan kepakaran sdra/i serta organisasi. Diingatkan
kepada pelajar bahawa asas mendapat pekerjaan adalah penguasaan
kemahiran asas dan lulus dengan gred yang baik untuk mendapatkan
pekerjaan yang menjanjikan kerjaya yang menarik iaitu:
· Penguasaan teknik kecerdasan buatan: Neural, logik kabur,
sistem pakar, etc.
· Kemahiran pengaturcaraan.
· Kemahiran menganalisis dan rekabentuk sistem cerdas.
· Pangkalan Data.
· Pengetahuan mengenai ICT yang baik.
Kemahiran berkomunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Tidak lupa -> people skill.

Comments (0)
Posting Komentar